31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Sabah: Kesemua 882 pusat undi ditutup 5.30 petang

    Shopee Sale

    Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini.

    Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi.

    Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

    MENARIK:  Disyaki amang seksual remaja bawah umur: Inspektor akan ditahan kerja

    Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang.

    SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini.

    Ketika ini, proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan.

    Untuk berita-berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah