34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Neggiri: Pemuda Umno rangka strategi tarik undi anak muda

    Shopee Sale

    Pemuda UMNO sedang merangka strategi bagi memastikan undi golongan muda berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan datang.

    Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sayap UMNO itu akan berusaha sehabis baik untuk merampas semula kerusi DUN Nenggiri pada PRK terbabit.

    "Pilihan raya ini mempunyai seribu satu kemungkinan. Hari ini kita boleh kalah, lusa boleh menang. Jadi, sudah tentu kita ada strategi kita yang tersendiri. Kita akan berusaha sehabis baik untuk merampas semula Nenggiri kerana sebelum ini pun kita kalah dengan hanya 800 majoriti, dan sebelum itu pun memang Nenggiri adalah kerusi UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor 2024 hari ini.

    Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti calon daripada ahli Pemuda UMNO Kelantan yang boleh diketengahkan untuk mendapat sokongan penduduk setempat dan berkhidmat dengan baik.

    MENARIK:  Lesen bazar Ramadan dibatalkan jika dijual semula - PM Anwar

    Sebelum ini, Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon BN pada PRK DUN Nenggiri di Kelantan.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

    Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa 19 Jun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah