29 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Kuala Kubu Baru: Calon PH masih dalam perbincangan, kata Gobind

    Shopee Sale

    Calon PH untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baru masih dalam perbincangan, kata Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

    Gobind yang juga pengerusi DAP Selangor berkata pihaknya menerima banyak cadangan nama sebagai calon PH dalam PRK itu dan senarai nama berkenaan sedang dipertimbangkan.

    “Perbincangan bersama PH Selangor telah diadakan dan soal berkenaan dengan calon itu akan diputuskan, kemudian akan dibawa ke peringkat pusat dengan jawatankuasa yang dianggotai lima pemimpin akan membuat keputusan.

    “Kami berharap dapat memuktamadkan keputusan untuk meletakkan calon dalam PRK Kuala Kubu Baru dalam masa terdekat dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada Bernama selepas upacara sembahyang Hari Vaisakhi di Gurdwara Sahib Khalsa Land Camp Site di Kuala Kubu Baru hari ini.

    Mengenai kunjungannya ke Gurdwara Sahib Khalsa Land Camp Site bersempena dengan Hari Vaisakhi, Gobind yang juga Menteri Digital berkata selain untuk meraikan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh itu, ia juga bertujuan beramah mesra bersama penduduk di kawasan berkenaan.

    Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

    MENARIK:  DAP mahu pilihan raya serentak, tunggu keputusan jelas PM isu kerjasama

    Kerusi DUN Kuala Kubu Baru kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

    Lee, 58, yang menjadi Adun Kuala Kubu Baru di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

    PRK Kuala Kubu Baru ialah PRK ketujuh yang akan diadakan selepas PRU15 pada 2022.

    Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baru adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah