26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Politik kebencian di negara ini terlalu menebal – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui tidak mudah untuk membuat dasar kerajaan demi kepentingan rakyat kerana suasana politik negara ini dipenuhi kebencian yang terlalu menebal.

    Menurutnya, kerajaan hari ini berhadapan pelbagai kritikan terhadap tindakan tidak popular. Antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.

    “Lihat di media sosial pembangkang termasuk kempen (pilihan raya kecil) di Sungai Bakap, apa yang dia (pembangkang) tidak tulis. 

    “Dajjal, ejen Israel, Yahudi, jual negara ini kepada China… semua dia sebut.

    “Saya tak peduli kerana saya fikir saya punyai tugas,” katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya  hari ini.

    Mengulas mengenai penyasaran subsidi diesel, Anwar berkata ia perlu memandangkan aktiviti penyeludupan bahan api itu berleluasa sejak puluhan tahun dan hasil subsidi dibeli untuk kegunaan negara lain.

    "(Kita) tak boleh mengenepikan keresahan rakyat kalau terbeban masalah rakyat. Maka hasil yang diperoleh itu harus dipulangkan kepada rakyat.

    "Sebab itu kita harus istiqamah untuk memberi penjelasan walaupun kadang-kadang menghadapi sedikit kesukaran," katanya sambil menambah kerajaan tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan pelabagai kritikan.

    Tegasnya, kerajaan pimpinannya akan terus bekerja untuk memastikan martabat negara diangkat ke tahap yang sepatutnya. 

    MENARIK:  Isu SD: Pemuda Bersatu lapor polis, dakwa Zahid tipu Agong

    “Adakah (kritikan) ini harus mengganggu kita? Tidak. Dua hari sudah saya umumkan matrikulasi, itu pun jadi isu politik.

    “Saya tidak ada pilihan. Kita pegang amanah,” katanya sambil menambah kerajaan pimpinannya akan terus bekerja untuk memastikan martabat negara diangkat ke tahap yang sepatutnya. 

    "Tapi saya tak peduli kerana saya fikir kita punyai tugas. Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal," katanya.

    Anwar turut menyuarakan kekecewaan kerana fakta tidak dipedulikan sama sekali dalam kritikan.

    "Tak ambil gaji, dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali.

    "Jadi yang diutarakan ialah kebencian. Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah