25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis terima tiga laporan Himpunan Solidariti ‘Justice For Zara’ di Tawau

    Shopee Sale

    Polis menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Solidariti Justice for Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di Tawau kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kesemua laporan itu diterima semalam berhubung seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah.

    “Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dibuka. Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di Tawau semalam.

    MENARIK:  Pelesenan media sosial: 'Tiada kawalan, terlalu banyak kawalan beri mudarat'

    Beliau berkata berikutan itu polis sedang mengesan seorang wanita dan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

    “Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa, kita mahu ambil keterangan,” katanya.

    Hari ini tular di media sosial klip video ucapan dan laungan berunsur hasutan dipercayai berlaku pada perhimpunan berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah