27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis terima makluman penganjuran Himpunan Melayu Berdaulat Sabtu ini

    Shopee Sale

    Polis telah menerima makluman mengenai hasrat sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan satu perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penganjur perhimpunan itu telah memberikan makluman berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.   

    “Pihak polis mengambil maklum pemakluman perhimpunan ini dan masih dalam proses perbincangan dengan pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan semalam.

    MENARIK:  Tiga anggota polis disiasat kes peras ugut, cabul pelajar masih bertugas

    Media sebelum ini melaporkan sekretariat gabungan NGO Malaysia menyasarkan lebih 15,000 orang bakal menyertai Himpunan Melayu Berdaulat yang akan diadakan di pekarangan Kompleks Sogo di Kuala Lumpur.

    Turut dilaporkan himpunan itu dijadualkan bermula 2.30 petang dan bertujuan menyuarakan kepentingan orang Melayu-Islam yang didakwa semakin terhakis.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah