25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus di sini pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

    Beliau berkata hasil siasatan mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan oleh suspek di tempat kejadian pada 8.03 pagi.

    MENARIK:  'Bantuan tunai Budi Madani cukup untuk kebanyakan pengguna diesel'

    “Hasil tindakan pantas, pihak polis telah menahan suspek warga tempatan disyaki ibu kepada bayi tersebut pada 2.20 petang di sebuah hospital swasta di George Town dan dengan tertangkapnya suspek, maka kes ini telah berjaya diselesaikan.

    “Polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan memberi kerjasama serta bantuan kepada pihak polis dalam siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan.

    Abdul Rozak berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah