26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan lelaki OKU cuba culik kanak-kanak

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) selepas dipercayai cuba menculik kanak-kanak berusia lapan tahun yang sedang bermain di luar rumahnya di kawasan perumahan berdekatan Jalan Lapangan Terbang di Kuching, Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata lelaki tempatan berusia 30 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Kuching pada 15 Mac, di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

    “Mahkamah telah memerintahkan penahanan suspek di Hospital Sentosa, Kuching Sarawak untuk penilaian psikiatri,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Beliau berkata sebutan semula kes ialah pada 22 April selepas laporan perubatan diterima.

    Terdahulu, Ahsmon berkata suspek ditahan kira-kira 6.55 petang, 11 Mac lepas kerana cuba melarikan kanak-kanak berkenaan.

    MENARIK:  Vape: PAS mahu Pahang proaktif bantu penjual beralih bisnes

    Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna putih yang digunakan suspek.

    "Siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya dengan masalah pembelajaran dan telah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak sejak 2001 kerana mengalami Attention Deficit Hyperactive Disorder," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah