29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan dua wanita bantu siasatan gerai mercun terbakar

    Shopee Sale

    Polis menahan dua wanita masing-masing berusia 44 dan 38 tahun bagi membantu siasatan kes kebakaran gerai mercun dan bunga api di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pemilik dan penjaga gerai mercun itu ditahan pada jam 8.30 malam untuk disiasat mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

    “Gerai itu dikendalikan pemilik kedai makan berusia 44 tahun yang memiliki permit sah untuk menjalankan perniagaan mercun dan bunga api di lokasi sama.

    MENARIK:  Status stesen LRT3 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    “Pemeriksaan pasukan forensik bomba mengesahkan kebakaran berpunca dari litar pintas pada sambungan wayar elektrik dari premis ke lampu hiasan gerai dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Azmir berkata kejadian berlaku pada jam 10.13 pagi semalam itu melibatkan kebakaran sebuah gerai menjual mercun dan bunga api di hadapan sebuah premis kedai makan di Batu 3, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah