24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan dua lelaki di Bera disyaki edar, guna dadah

    Shopee Sale

    Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam dua serbuan berasingan di Bera, Pahang hari ini.

    Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah dadah bernilai RM53,947.40 daripada mereka.

    “Tangkapan pertama melibatkan seorang juruteknik pendawaian berusia 48 tahun di sebuah rumah di Felda Purun.

    “Pemeriksaan polis menemukan satu ketulan mampat dibalut dengan pita pelekat warna hitam disyaki dadah jenis ganja dianggar seberat 659.14 gram (g),” katanya dalam kenyataan semalam.

    Menurut Zulkiflee dalam serbuan kedua di Kampung Bohor Baru, polis menahan suspek berusia 42 tahun yang bekerja sendiri dan merampas satu beg plastik hitam disyaki mengandungi ganja seberat 1,057.64g.

    Katanya hasil pemeriksaan lanjut pada beg pinggang dipakai suspek, polis menjumpai 536 biji pil disyaki dadah jenis pil yaba seberat 57.58 g, satu peket heroin seberat 23.22g, tujuh keratan aluminium foil mengandungi 70 biji pil erimin 5 seberat 19.59g, ganja seberat 18.66g serta syabu seberat empat gram,” katanya.

    MENARIK:  Menteri bidas kritikan pembangkang isu perjanjian dagangan dengan AS

    Zulkiflee berkata polis turut mengambil tindakan terhadap suspek kedua di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita sebuah kenderaan milik lelaki itu yang dianggarkan bernilai RM30,000.

    Menurutnya kedua-dua suspek positif dadah jenis THC dan methamphetamine serta mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.

    Mereka direman hingga 2 Dis untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah