34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik ‘skinhead’ dipukul

    Shopee Sale

    Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik “skinhead” dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Sabtu lepas. 

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

    Dia bagaimanapun berkata setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk saksi atau mangsa.

    "Polis telah memulakan siasatan sebaik menerima maklumat kejadian (tular) ini pada malam tadi. Justeru, orang ramai diminta untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

    MENARIK:  PM: Tesla rugi, tak mampu bersaing dengan EV China

    Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Terdahulu tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan tersebut yang dipercayai dimuat naik di akaun Facebook kumpulan muzik itu.

    Hantaran tersebut mendakwa vokalis tersebut diserang dan dipukul sekumpulan lelaki, dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah