29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis selamatkan 26 lelaki Bangladesh dikurung, jadi buruh paksa

    Shopee Sale

    Seramai 26 pendatang tanpa izin warga Bangladesh dikurung selama lapan hari sebelum diselamatkan sepasukan anggota polis dalam serbuan di Kampung Seri Perkasa, Hutang Melintang di Ipoh, Selasa lepas.

    Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kesemua lelaki berusia 22 hingga 51 tahun itu disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dan tidak bergaji.

    Sehubungan itu, dia berkata polis menahan tiga suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan serta seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 32 hingga 52 tahun.

    “Pemeriksaan terhadap satu bangunan telah menemukan seorang lelaki warga tempatan dan Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga kepada warga asing tersebut, manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan selepas siasatan lanjut dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, hari ini.

    MENARIK:  Babi tak busuk tapi kandang busuk - MP PN

    Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah