32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sahkan mayat reput di Sungai Changgang sebagai Yap Xin Yuan

    Shopee Sale

    Polis telah mengenal pasti identiti mayat reput yang ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat Sabtu lalu selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia hari ini.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Dis lepas itu dikenali sebagai Yap Xin Yuan.

    "Keputusan ini telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan mayat akan diserahkan kepada pihak keluarga petang ini," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  Kes bunuh di Semenyih: Wanita, anak saudara lemas akibat beg plastik

    Hussein berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

    Remaja itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah