23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis nafi ancaman letupan di stesen minyak dekat KLIA

    Shopee Sale

    Polis menafikan dakwaan yang kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima makluman berhubung satu kejadian letupan membabitkan kereta jenis Proton Saga di lokasi berkenaan.

    MENARIK:  Keldai akaun terciduk boleh mendekam 7 tahun di penjara

    “Untuk makluman hasil pemeriksaan kejadian letupan berlaku disebabkan bateri kereta meletup.

    "Laporan pemeriksaan polis telah dibuat bersabit Aeropolis/1107/25,” katanya dalam kenyataan ringkas di Kuala Lumpur hari ini.

    Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial, mendakwa berlaku letupan dan tangkapan dibuat oleh sekumpulan pihak polis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah