26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan lelaki bergaduh guna senjata tajam

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan bersenjata di kawasan Merlin Tower, Jalan Meldrum di sini, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata satu panggilan kecemasan MERS 999 diterima daripada orang awam pada jam 2.29 petang dan melaporkan kejadian pergaduhan melibatkan dua individu.

    Raub berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki 43 tahun yang tidak bekerja, ditetak di kepala oleh suspek yang bberusia 45 tahun.

    “Siasatan lanjut mendapati punca kejadian disyaki alibat pergaduhan mulut antara kedua-dua lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk.

    “Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini kerana mengalami kecederaan parah dan kini berada di wad untuk rawatan lanjut.

    “Suspek pula ditahan dilokasi kejadian bersama sebilah pisau pemotong daging," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

    MENARIK:  Penyanyi dakwa penguat kuasa rakam gambarnya tanpa pakaian

    Dia berkata semakan rekod jenayah mendapati suspek bekerja sebagai tukang besi dan mempunyai lapan rekod lampau berkait kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

    Mangsa pula, katanya,  mempunyai empat rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

    Katanya lagi, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapetamine.

    “Suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk permohonan reman  di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan cedera parah dengan senjata dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

    Semalam, tular di Facebook gambar seorang lelaki terbaring dan terdapat sebilah pisau pemotong daging di kawasan kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah