33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis masih siasat penemuan bom mortar di Terowong Menora

    Shopee Sale

    Polis masih menjalankan siasatan walaupun bom mortar yang ditemui berdekatan KM265 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Terowong Menora telah diletupkan dalam kejadian 30 Jun lepas.

    Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata ia bagi mengenal pasti punca bom mortar model 81mm dari kategori ‘Unexploded Ordnance’ (UXO) itu berada di lokasi berkenaan.

    “Objek berkenaan disahkan sebagai bom mortar dan dikenali sebagai ‘blind’ dalam istilah polis, iaitu merujuk kepada bahan letupan yang gagal meletup.

    “Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana bom berkenaan boleh berada di lokasi tersebut, sama ada ia merupakan tinggalan zaman Perang Dunia Kedua atau berpunca daripada faktor lain,” katanya.

    Dia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Ketua Polis Daerah Gerik dan Kerian di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, di Ipoh hari ini.

    MENARIK:  MCMC bukan kebal dari kritikan rakyat, kata Muda

    Pada 30 Jun lepas, bom tersebut dijumpai kira-kira 9.30 pagi oleh seorang petugas Plus yang melakukan kerja-kerja pembersihan landskap di lokasi tersebut.

    Berikutan penemuan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah bertindak segera memusnahkan bom tersebut secara terkawal.

    Hisam berkata pihaknya turut memohon maaf kepada pengguna jalan raya berikutan kesesakan aliran trafik sejauh 15 kilometer (km) susulan proses meletupkan bom tersebut. 

    “Disebabkan dikhuatiri bahan letupan itu masih aktif dan boleh mengancam nyawa, langkah berjaga-jaga termasuk penutupan sementara jalan perlu diambil,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah