31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kesan wanita dera anak berusia tiga tahun

    Shopee Sale

    Polis sedang giat mengesan seorang wanita dipercayai mendera anak kandungnya berusia tiga tahun di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan semalam daripada nenek kepada kanak-kanak lelaki itu yang tinggal serumah.

    “Siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam awal Mac lepas ketika pengadu terdengar tangisan cucunya disyaki didera.

    “Siasatan mendapati suspek ibu kandung mangsa. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  2 remaja diarah bela diri kes bunuh pelajar tahfiz Mohammad Aimin

    Noor Ariffin berkata mangsa telah dibawa mendapatkan pemeriksaan doktor.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan menerusi talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah