26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kenal pasti wanita cuba larikan kanak-kanak perempuan 9 tahun

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah di kawasan rumahnya di Bukit Beruntung dekat Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima laporan insiden berkenaan daripada ibu mangsa pada 8.56 malam hari yang sama.

    “Hasil siasatan mendapati suspek seorang wanita warga tempatan cuba melarikan kanak-kanak berkenaan namun percubaan itu gagal apabila mangsa berjaya melarikan diri ke sebuah kedai berhampiran sambil menjerit meminta tolong.

    “Saksi awam yang berada di tempat kejadian menyelamatkan kanak-kanak itu namun suspek berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  PAS dakwa Saifuddin terdesak kerana kedudukan menteri tergugat

    Beliau berkata setakat ini tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan identiti wanita terbabit sedang dikenal pasti manakala suspek dipercayai bertindak secara solo.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah