25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam stabil, dirawat di ICU – exco

    Shopee Sale

    Keadaan pelajar tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama di Sabak Bernam berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan yang positif.

    Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata berdasarkan maklum balas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), pelajar lelaki itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

    “Beliau telah menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan dalam otak dan rawatan kecemasan itu berjaya dilengkapkan dalam tempoh 48 jam pertama.

    “Setakat hari ketiga selepas rawatan, keadaan pelajar dilaporkan lebih stabil dan menunjukkan beberapa tindak balas positif, dengan pasukan perubatan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Feri kandas ditarik bot tunda ke Langkawi malam ini

    Jamaliah turut menyeru kerjasama orang ramai untuk memberikan ruang kepada keluarga mangsa serta mengelak daripada membuat atau menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan emosi mereka.

    “Kerajaan Selangor menzahirkan rasa simpati dan doa agar adik ini segera pulih. Kerajaan negeri bersama JKNS akan terus memantau perkembangan kesihatan pelajar ini dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada pihak keluarga,” katanya.

    Pada 26 Ogos lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah