34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis buru lelaki umpil tabung masjid, curi RM3,000

    Shopee Sale

    Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi kelmarin yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata perbuatan suspek yang memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi kelmarin.

    Beliau berkata kejadian itu disedari setiausaha masjid pada 9.30 malam hari yang sama.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya),” katanya.

    MENARIK:  Ibu pejabat PN masih beroperasi, akan pindah lokasi - Afif

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah