28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis ambil keterangan 3 individu kes pecah masuk rumah cucu Mahathir

    Shopee Sale

    Polis telah merekodkan keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

    Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tiga individu terbabit terdiri daripada pengawal keselamatan dan pembantu rumah melibatkan warga tempatan dan warga asing.

    "Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi tangkapan dilakukan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    MENARIK:  ‘Pemerdagangan hidupan liar di sempadan timbulkan persoalan rasuah’

    Sebelum ini, media melaporkan sebuah kediaman milik cucu kepada bekas Perdana Menteri itu dipecah masuk mengakibatkan mangsa kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta yang disimpan di dalam bilik di rumah berkenaan.

    Difahamkan, kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada tiga petang, Rabu lepas setelah mendapati  pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan bilik majikannya dipercayai dimasuki pencuri.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah