27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis akan panggil syarikat lori terlibat nahas FRU

    Shopee Sale

    Pemilik syarikat lori muatan batu akan dipanggil dalam masa terdekat berhubung kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak pada Selasa lalu.

    Ketua Polis Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata pemilik syarikat itu akan dipanggil bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan berkaitan kes kemalangan terbabit.

    “Kita akan menjalankan siasatan secara komprehensif. Kita akan melihat siasatan ini daripada semua sudut iaitu kecuaian manusia, isu teknikal membabitkan kenderaan dan isu persekitaran.

    “Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) serta agensi lain, telah mula menjalankan siasatan dari pelbagai aspek di lokasi kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemusnahan tanaman ketum di sekitar Labu Kubong, di Teluk Intan hari ini.

    MENARIK:  Fahmi hantar 'surat cinta' pada IGP, KP imigresen, menteri KDN

    Semalam, Bakri dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kemalangan, termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat dalam kemalangan tersebut

    Pada kejadian 8.50 pagi Selasa lalu, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.

    Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah