28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM ucap takziah pada keluarga mendiang Joseph Kurup

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas kematian bapanya, Tan Sri Joseph Kurup semalam.

    Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata jasa dan pengorbanan mendiang sewaktu menjadi menteri di peringkat Persekutuan serta negeri pastinya akan dikenang oleh rakyat dan negara.

    Joseph, yang juga Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini malam ini pada usia 79 tahun.

    Perkara itu disahkan oleh Arthur, yang juga Presiden PBRS, melalui hantaran di laman Facebook.

    Bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) dan bersara daripada politik tahun lepas setelah memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994.

    MENARIK:  URA akan akibatkan Melayu hilang kuasa politik - Mahathir

    Arthur menggantikan ayahnya sebagai Presiden PBRS pada Januari 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah