26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'PM, isteri pun boikot RUU kerajaan?' – Ka Siong soal Lip Eng

    Shopee Sale

    Presiden MCA Wee Ka Siong 'memulangkan paku buah keras' terhadap Lim Lip Eng, selepas ahli parlimen DAP itu menuduh ahli parlimen MCA memboikot rang undang-undang (RUU) kerajaan.

    Dalam catatan Facebook hari ini, Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mempersoalkan logik Lim (PH-Kepong) meminta dua ahli parlimen MCA dipindahkan ke tempat duduk pembangkang sedangkan ramai ahli parlimen kerajaan lain juga tidak mengundi RUU Mavcom (Pembubaran) 2024, semalam.

    Mereka yang tidak hadir, kata Wee, termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PH-Tambun), dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak).

    Ahli parlimen lain yang tidak hadir ialah timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan) dan Fadillah Yusof (Petrajaya), Mohamad Hasan (Rembau), Nga Kor Ming (Teluk Intan), Chow Kon Yeow (Batu Kawan), Amirudin Shari (Gombak) dan Aminuddin Harun (Port Dickson).

    "Kesemuanya 66 orang ahli parlimen tidak hadir untuk mengundi belah bahagian semalam. Kenapa DAP hanya pertikai 2 orang ahli parlimen dari MCA saja?"soalnya.

    Dalam catatan di Facebooknya hari ini, Wee mempersoalkan apakah Anwar dan ahli parlimen kerajaan lain juga perlu dipindahkan ke blok pembangkang.

    "YB Kepong, sebelum bercakap tu fikirlah dulu dengan waras.

    “Jangan sampai nanti orang kata YB Kepong ni seperti 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'," katanya yang turut menulis tanda pagar #DAPconsistentlyInconsistent.

    Pada Isnin lalu RUU Mavcom (Pembubaran) 2024, yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah diluluskan melalui undi suara majoriti selepas perbahasan hangat.

    MENARIK:  Tegur berdepan, tak perlu rakam untuk raih populariti - Cuepacs

    Bacaan kedua rang undang-undang itu, yang dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam diluluskan melalui undian blok dengan 93 menyokong, 63 menentang manakala 66 tidak hadir.

    Semalam Lim menggesa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menyiasat apakah kedua-dua pemimpin MCA itu sengaja memboikot atau enggan menyokong RUU kerajaan.

    “Kalau betul-betul mereka sengaja tidak mahu mengundi untuk pihak kerajaan saya minta Tan Sri Speaker mempertimbangkan mengalih tempat mereka daripada sini (blok kerajaan) ke blok pembangkang,” katanya.

    DAP dan MCA berada dalam kerajaan perpaduan, namun kedua-dua musuh tradisi itu dilihat masih berseteru sehingga kini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah