Penyanyi, Azza Elite tampil berkongsi bahawa dirinya juga pernah mengalami masalah berat badan berlebihan suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Autistic Atau OKU Jangan Bayar, Saya Hadiahkan’ – Azza Elite
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Surau Pun Hati Kau Hitam, Tak Ada Masalah Kalau Pakai Filter’ – Azza Elite
Pembakar semangat

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa tertanya-tanya sama ada warga aplikasi itu sememangnya mempunyai persepsi negatif terhadap individu berbadan besar.
Betul ke warga Thread tak suka orang gemuk?
Hantaran tersebut menarik perhatian Azza atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari yang tampil menitipkan nasihat agar tidak terlalu memikirkan pandangan negatif daripada orang lain.
Tak apa awak, saya dulu pun debab tau.
Tak semua orang tak suka kita berbadan gemuk.
Kita jangan fikir negatif dengan pandangan orang.
Menurut Azza, setiap pandangan negatif yang diterima boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk melakukan perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihat serta mencapai berat badan yang diinginkan.
Tapi setiap pandangan itu kita jadikan semangat, biar kita dapat kuruskan badan tapi sihat.
Orang nak kita nampak cantik, bila kita dikata gemuk, mesti kita nak kurus dan cantik.
Jadinya, kita buat la untuk diri kita, yang cantik pun kita juga.
Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Lihatlah Dunia’ itu menegaskan bahawa individu berbadan besar juga mampu tampil cantik dan yakin dengan diri mereka sendiri.
Tapi ada sahaja orang debab yang cantik.
Cuma kita kuruskan badan untuk lebih sihat.
Kalau dah kurus kita cantik, itu kira bonus, Alhamdulillah.
Sumber: Threads
The post ‘Jadikan Setiap Pandangan Sebagai Semangat Kuruskan Badan’ – Azza Elite Titip Pesanan Buat Individu Berbadan Besar first appeared on OHBULAN!.





