28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peserta larian mengaku salah, didenda RM5,000 seorang

    Shopee Sale

    Dua lelaki warga asing didenda RM5,000 setiap seorang kerana memakai pakaian yang dikatakan tidak sopan semasa acara larian di Pengerang, Johor pada Sabtu lalu.

    Mahkamah Majistret Kota Tinggi menjatuhi hukuman itu setelah Satyanarayana Prasad Papoli, 70, dan Arthur Wang, 66, mengaku salah, menurut The Star.

    Pertuduhan terhadap Wang, warganegara Taiwan, dibacakan dalam bahasa Mandarin manakala pertuduhan terhadap Satyanarayana dari India dibacakan dalam bahasa Inggeris.

    Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang lelaki Taiwan berpakaian tradisional yang mendedahkan punggungnya, seorang warga India yang memakai sari bersama blaus, dan seorang lelaki tempatan memakai pakaian tidur.

    Larian itu dianjurkan oleh kumpulan larian Hash House Harriers untuk mengumpul dana amal dan mempromosikan negeri Johor, khususnya Desaru.

    MENARIK:  GSF: 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA malam ini

    Ketika dituduh mempromosi lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), penganjur berkata mereka tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan seksual.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah