Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin berpandangan bahawa ramai yang berlumba-lumba menunaikan hajat di Mekah.
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Bagi RM300 Untuk Survive Sendiri Hidup Di Kuala Lumpur’ – Syatilla Melvin
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’
Doa ibu mustajab

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, menegaskan bahawa ramai yang berdoa di Mekah, sedangkan di rumah sendiri terdapat seorang ibu yang doanya lebih mustajab di sisi Allah.
Dengar ceramah seorang Ustaz, dia kata, ramai orang berebut nak pergi Mekah dan berdoa di hadapan Kaabah untuk terkabul segala hajat.
Tapi mereka lupa dalam rumah mereka sendiri ada sosok seorang ibu yang lebih hebat, dahsyat dan mustajab doanya.
Dalam pada itu, Syatilla menitipkan nasihat agar mereka yang masih mempunyai ibu tidak mensia-siakan peluang tersebut.
Bagi yang masih ada ibu, minta hari-hari doa ibu walaupun sekecil-kecil hal.
Sumber: Threads
The post ‘Ramai Pergi Mekah & Doa Depan Kaabah, Tapi Lupa Doa Ibu Lebih Mustajab’ – Syatilla Melvin first appeared on OHBULAN!.





