33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesawat Air India terhempas di Gujerat sejurus berlepas

    Shopee Sale

    GLOBAL l Sebuah pesawat terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Gujarat, negeri barat India pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pengesahan pihak polis.

    Menurut laporan Press Trust of India yang memetik pihak berkuasa tempatan, nahas itu berlaku di kawasan Meghaninagar.

    Beberapa ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian dan pasukan kecemasan kini sedang menjalankan operasi menyelamat.

    Beberapa media melaporkan kemungkinan terdapat penumpang di dalam pesawat, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah individu yang berada di dalam pesawat atau sebarang kemalangan jiwa.

    MENARIK:  ‘Minit bocor’: Adakah undi penentu pengerusi JAC diguna, soal PN

    “Saya amat terkejut mendengar tentang insiden pesawat AirIndia penerbangan Ahmedabad-London berhampiran lapangan terbang Ahmedabad. Saya mendoakan keselamatan semua penumpang dan kru,” kata Ahli Parlimen India Yusuf Pathan di platform X.

    Setakat laporan ini disiarkan, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Air India atau Direktorat Am Penerbangan Awam India (DGCA).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah