25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perwakilan Puteri tetap desak had umur dinaikkan ke 40 tahun

    Shopee Sale

    PAU 2024 | Perwakilan Puteri Umno tetap mendesak agar had usia sayap itu dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun bagi menjamin kelangsungannya.

    Exco Puteri Umno, Siti Nor Hasyyati Abd Rahman, berkata perubahan itu perlu kerana 153 ketua-ketua Puteri Umno bahagian akan melewati tahap usia yang dibenarkan iaitu 35 tahun.

    "Izinkan saya untuk membawa suara Puteri (Umno) yang telah dipersetujui semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno yang berlangsung pada tanggal 22 Ogos lalu.

    "Dalam Perhimpunan Agung tersebut, kami memohon dan merayu agar had umur Puteri dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun.

    "Apakah signifikannya rayuan kami ini wahai ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda sekalian? Keberadaan kami di sini bukan semata-mata kerana jawatan, tapi niat di hati ingin berbakti dan memastikan kelangsungan sayap Puteri (Umno)," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2024 (PAU2024) di Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan k'jaan tangguh bayar RM1.1 juta pada ibu Ivana Smit

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah