32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Persatuan penjaja mohon k’jaan negeri turunkan sewa tapak hingga 50 peratus

    Shopee Sale

    Persatuan peniaga dan penjaja menggesa kerajaan negeri menurunkan kadar sewa tapak bagi perniagaan kecil antara 30 hingga 50 peratus susulan tekanan ekonomi yang semakin dirasai golongan itu.

    Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), Rosli Sulaiman berkata, cadangan pengurangan sewa dilihat sebagai satu langkah proaktif bagi memberi ruang bernafas kepada peniaga kecil untuk terus bertahan.

    Menurutnya, peniaga kecil kini berdepan kesukaran untuk menampung peningkatan kos operasi, khususnya melibatkan kos pengangkutan akibat kenaikan harga bahan bakar seperti diesel.

    Rosli memberikan contoh kadar sewa tapak di pasar malam di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam ketika ini dianggarkan antara RM300 hingga RM450 sebulan bergantung kepada lokasi dan keluasan tapak.

    “Peniaga tertekan dengan kos pengangkutan untuk menghantar barang dan bergerak ke kawasan berniaga.

    “Ramai peniaga juga mengadu jualan mereka menurun dan dalam keadaan ini, pengurangan sewa boleh membantu mereka terus bertahan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Perkara sama turut disuarakan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang mencadangkan kerajaan negeri mencontohi langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kadar sewaan tapak penjaja sehingga 50 peratus bermula April.

    MENARIK:  Drama 20 jam di Islamabad: AS dan Iran hampir capai kata sepakat

    Dia berkata pengurangan itu perlu melibatkan tapak penjaja, gerai, kiosk, pasar awam serta premis perniagaan kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri termasuk di bawah agensi kerajaan negeri seperti PKNS.

    “Kerajaan negeri juga perlu mengadakan libat urus segera dengan persatuan penjaja dan wakil peniaga kecil supaya dasar yang dilaksanakan benar-benar menepati realiti semasa,” katanya.

    Menurutnya lagi, penjaja dan peniaga kecil merupakan antara nadi penting ekonomi rakyat yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

    “Golongan penjaja dan peniaga kecil bukan kelompok berpendapatan besar yang mempunyai daya tahan kewangan tinggi. Mereka berniaga untuk menyara kehidupan, keluarga serta memastikan ekonomi setempat terus bergerak,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah