32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Persatuan bola umum jersey baru Syria lepas al-Assad tumbang

    Shopee Sale

    Persatuan Bola Sepak Syria menukar warna kit dan logo pasukan kebangsaan daripada merah kepada hijau susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad semalam.

    "Jersey pasukan kebangsaan baru kami," kata persatuan itu di Facebooknya.

    Turut dikongsi logo baru persatuan yang diinspirasi daripada bendera Syria baru bawah kerajaan interim. 

    Pasukan Syria ketika bertanding ke Malaysia, September lalu

    Selain warga temanya, logo Qasioun Eagles dengan gambar helang itu juga kini mempunyai tambahan satu bintang daripada dua kepada tiga.

    Persatuan penaung bola sepak kebangsaan itu juga menyifatkannya sebagai perubahan bersejarah yang “jauh daripada amalan nepotisme, pilih kasih dan rasuah”.

    MENARIK:  ULASAN | Mancatur harapan akhir tahun di Hangzhou

    Al-Assad semalam meletak jawatan dan lari mendapatkan suaka politik di Rusia.

    Ini susulan penguasaan kumpulan bersenjata antirejim terhadap bandar-bandar besar di negara dilanda peranang saudara selama berbelas-belas tahun itu, termasuk ibu kotanya Damsyik, pada Ahad.

    Pasukan bola sepak Syria adalah antara pasukan yang kuat di Asia dengan ranking Fifa di tempat ke-93.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah