32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perobohan kuil: NGO nafi bertindak melulu, tegaskan hak pemilik tanah

    Shopee Sale

    Pemilik sebidang tanah di Rawang, di mana sebuah kuil Hindu dirobohkan minggu lalu, menafikan kritikan bahawa mereka bertindak melulu.

    Yayasan Kubra menegaskan bahawa mereka adalah pemilik sah tanah tersebut dan melalui pelbagai proses untuk meminta kuil berkenaan mengosongkan kawasan itu.

    “Sejak tahun 2018, yayasan Kubra telah menuruti setiap prosedur perundangan, termasuk rundingan dan mengeluarkan notis pengosongan berkali-kali serta menampalkan notis dan memasang tali penghadang (barricade tape) di tanah yayasan Kubra yang diceroboh tersebut. 

    “Tindakan penceroboh yang degil dan terus menduduki tanah milik sah Yayasan Kubra adalah satu pelanggaran secara terang-terangan terhadap kedaulatan undang-undang.

    “Yayasan Kubra perlu meluruskan persepsi yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan yang diambil oleh yayasan Kubra kononnya adalah bersifat melulu. 

    “Sebagai pemilik tanah yang sah, yayasan Kubra mempunyai tanggungjawab syariat Islam iaitu mencegah dan tidak membenarkan sebarang unsur-unsur syirik berlaku di atas tanah kami; serta tanggungjawab daripada sudut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk menguruskan tanah tersebut daripada pencerobohan yang berterusan,” kata yayasan itu.

    MENARIK:  Lebih 26,000 hektar tanaman padi ditenggelami banjir di Kelantan - Kada

    Penjelasan itu dibuat melalui kenyataan media pemegang amanah yayasan kebajikan itu hari ini.

    Menurut NGO itu, tindakan mereka juga dilakukan selaras dengan surat yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang pada 14 Mac 2022 yang memberitahu bahawa mereka perlu menangani sendiri isu itu kerana kuil berada dalam tanah persendirian.

    Tamim Dahri

    Sementara itu, Yayasan Kubra juga mengecam sebuah portal berita yang menyiarkan artikel menyifatkan tindakan pada 11 Feb itu sebagai tindakan "mob" (perusuh), dengan mengatakan tuduhan itu tidak berasas dan cubaan untuk memesongkan isu sebenar pencerobohan tanah.

    Dilaporkan bahawa polis menangkap aktivis Tamim Dahri dan tiga yang lain minggu lalu selepas merobohkan sebuah kuil di Taman Rawang Perdana.

    Polis turut merampas sebuah jengkaut yang didakwa digunakan semasa kejadian itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah