25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal ketat – Dzulkefly

    Shopee Sale

    Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat ini, pengunaan rokok elektronik masih dikawal selia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

    "(Mengenai cadangan pengharaman vape) undang-undang dan peraturan boleh disemak dan dipinda sekiranya perlu, demi kesihatan awam," katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Waterfront Port Dickson di Port Dickson semalam.

    Beliau berkata bagaimanapun peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 akan dilaksanakan terlebih dahulu, iaitu menjadikan produk merokok termasuk vape sebagai produk yang dikawal selia dengan ketat.

    Menurutnya sebarang cadangan lain akan dipertimbangkan mengikut tatacara sedia ada dan harus dibahaskan dalam ruang demokrasi yang matang.

    Bagi program hari ini, Dzulkefly berkata KKM memberikan pengiktirafan 'Bersih dan Selamat' (BeSS) kepada enam premis makanan di Persiaran Waterfront Port Dickson.

    MENARIK:  Kes kereta menteri ekori ambulans sudah selesai - Polis Perak

    Beliau berkata pengiktarafan BeSS penting bagi memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.

    Dzulkefly berkata bagi aspek pematuhan kepada larangan merokok di tempat larangan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, sebanyak 38,347 notis kesalahan dikeluarkan setakat April ini.

    "Bagi Peraturan 11(1)(d), PPKHT 2004 iaitu larangan merokok di tempat makan, sebanyak 16,705 notis kesalahan dikeluarkan setakat April," katanya.

    Beliau berkata negeri dengan pengeluaran notis kesalahan merokok di tempat makan tertinggi ialah Selangor (6,174), diikuti Pahang (5,054) dan Johor (3,824).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah