28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perak mohon RM20 juta bagi teroka kawasan sumber mineral baru

    Shopee Sale

    Kerajaan Perak memohon peruntukan RM20 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi meneroka kawasan sumber mineral baharu termasuk unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.

    Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata peruntukan itu akan membolehkan kajian dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi mengenal pasti lokasi mineral berkenaan yang merupakan sumber pendapatan baharu bagi negeri ini.

    "Bukan sahaja taburan NR-RRE tetapi dimaklumkan ada banyak lagi mineral baharu yang jika dapat dikenal pasti tempatnya, maka insya-Allah ia akan menjadi pendapatan baharu untuk kerajaan negeri," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tiw Tee Siang (PH-Tronoh) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri akan membuat kajian bagi meneroka mineral baharu dan akan memetakan kawasan-kawasan itu pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ipoh, hari ini.

    MENARIK:  Puad harap MIPP tak terima nasib macam Presiden Gerakan

    Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tiw, Saarani turut menjelaskan terdapat enam plot tanah milik yang telah diluluskan berdasarkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi tujuan perlombongan NR-REE.

    Saarani berkata ia melibatkan kawasan mukim Kenering, di daerah Hulu Perak dan hanya satu plot sahaja yang sedang beroperasi sebagai projek perintis bagi perlombongan NR-REE berkenaan.

    "Berdasarkan kajian awal yang dilaksanakan oleh JMG Perak, terdapat empat daerah yang berpotensi mempunyai sumber bahan mineral NR-REE iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Kinta dengan jumlah rizab sebanyak kira-kira 1.7 juta metrik tan.

    "Walau bagaimanapun, sebanyak 70 peratus sehingga 80 peratus daripada kawasan yang berpotensi mempunyai rizab NR-REE ini terletak di dalam kawasan hutan simpan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah