24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyeludupan di sempadan: Anak muda mewah tanpa pendapatan jelas – IGP

    Shopee Sale

    Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah dengan memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang dan BMW tanpa sumber pendapatan yang jelas, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Razarudin berkata fenomena itu bukan sesuatu yang baru dan menerusi beberapa kejayaan operasi sebelum ini, terbukti ada dalam kalangan mereka terlibat dengan aktiviti penyeludupan. 

    “Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah, senjata api dan barang kontraban melalui sempadan Kelantan-Thailand,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Menurutnya, Kelantan sememangnya menjadi antara laluan utama sindiket penyeludupan khususnya membabitkan dadah jenis syabu, heroin dan pil kuda yang dibawa masuk dari Thailand sebelum diedarkan ke seluruh negara.

    Selain dadah, sindiket turut menyeludup senjata api serta pelbagai barang kontraban termasuk penyeludupan haiwan ternakan seperti lembu.

    MENARIK:  GRS sifatkan PKR Sabah gopoh buat kenyataan isu skandal rasuah

    “Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Cawangan Khas (SB) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) kini memperketat kawalan sempadan serta menjalankan risikan berterusan bagi membanteras sindiket yang mempergunakan anak muda untuk aktiviti haram,” katanya.

    Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat termasuk mereka yang berselindung di sebalik perniagaan sah.

    “Kita tidak mahu Kelantan terus menjadi transit utama bagi sindiket dadah dan senjata api. 

    "Pihak berkuasa akan terus memantau serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang aktiviti jenayah ini,” katanya.

    Dia berkata beberapa tangkapan besar telah dilakukan sebelum ini namun polis percaya masih terdapat rangkaian aktif yang terus beroperasi secara senyap dan mengambil kesempatan atas kelemahan di sempadan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah