26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjawat awam P Pinang kekal balik kerja jam 4 petang

    Shopee Sale

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang hari ini memutuskan penjawat awam di negeri itu kekal bekerja seperti biasa sepanjang bulan Ramadan iaitu pulang pada 4 petang setiap hari.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.

    "Berhubung dengan isu sama ada Pulau Pinang akan mengikut Negeri Pahang khususnya di mana penjawat awam boleh balik kerja awal pada hari Jumaat, MMK dah putuskan kekal dengan apa yang ada sekarang ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Kapitan Keling di George Town malam ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

    MENARIK:  Rafizi imbau dibenar masuk Sarawak lepas janji cuma kutuk Najib

    Sebelum ini, Pahang mengumumkan waktu bekerja penjawat awam di negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan hingga 12.30 tengah hari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah