29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM2,000

    Shopee Sale

    Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri itu sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.

    Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat dengan sebahagiannya akan disalurkan pada Mac tahun depan, manakala bakinya pada Jun 2025.

    "Jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM12 juta. Kerajaan negeri menghargai komitmen penjawat awam negeri dalam memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang.

    "Saya juga mengakui kesejahteraan negeri Kedah tercinta ini juga adalah atas jalinan kerjasama yang baik antara exco, Adun dan penjawat awam negeri khususnya Pegawai Tadbir Negeri (KCS) dan pegawai-pegawai Persekutuan," katanya.

    Dia mengumumkan pemberian bantuan tersenut semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2025 di DUN Kedah di Alor Setar, hari ini.

    Sementara itu Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga telah bersetuju supaya Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Dis ini.

    MENARIK:  Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing

    "Selaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM30 juta tambahan secara keseluruhan kepada semua jabatan untuk tujuan pembayaran gaji semua penjawat awam negeri yang menerima opsyen SSPA bermula Disember ini.

    "Dengan itu, sukacita saya umumkan kenaikan tersebut akan dibayar mulai gaji Disember ini. Kenaikan keseluruhan adalah berjumlah RM2 juta untuk tahun ini," katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah