31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengurusan e-waste: SPRM beku akaun RM1 juta, sita RM170,000

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaun bank bernilai kira-kira RM1 juta terkait siasatan kes pengurusan sisa elektronik (e-waste) membabitkan ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan seorang individu awam.

    Menurut sumber, pembekuan membabitkan satu akaun syarikat berjumlah kira-kira RM700,000 dan satu akaun milik individu kira-kira RM300,000.

    Kataya SPRM juga menyita wang tunai sebanyak RM170,000.

    “Pada masa sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat pengurusan buangan terjadual yang terlibat dengan aktiviti pelupusan bahan buangan secara haram,” katanya.

    Pada Jumaat lalu seorang ketua pengarah, timbalan ketua pengarah dan penolong pegawai JAS ditahan reman tujuh hari hingga Khamis ini, manakala seorang lagi orang awam direman selama tiga hari hingga hari ini.

    MENARIK:  Suami isteri disyaki dera penghuni rumah perlindungan kanak-kanak

    Siasatan kes berkenaan mula dijalankan Bahagian Siasatan SPRM sejak 19 Jan lalu.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

    Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah