28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengundi India sudah berani rasa marah pada k’jaan – Hamzah

    Shopee Sale

    PRK KKB | Masyarakat India di Kuala Kubu Bharu dikatakan tidak lagi bersifat diam dalam menyatakan ketidakpuasan terhadap Kerajaan Persekutuan.

    Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata komuniti itu kini lebih berani dalam memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

    "Mereka sudah berani mengatakan untuk menyokong sesiapa dan berani mengutuk segala polisi kerajaan.

    "Kalau dulu mereka agak 'introvert' dan tidak mahu sebut tentang ketidakpuasan terhadap kerajaan. Ini sudah pasti memberi peluang kepada calon PN untuk meraih sokongan kaum ini pada PRK ini," katanya kepada menghadiri ke Majlis Ramah Mesra PN bersama masyarakat India di Batang Kali, malam tadi.

    Hamzah berkata bahawa penduduk di sini jelas menolak kerajaan hari ini.

    "Saya turut melawat beberapa rumah penduduk setempat hari ini di Batang Kali. Dan mereka berani menyatakan masalah dan rasa marah terhadap kerajaan.

    MENARIK:  Hina mahkamah: Lokman dikenakan bon berkelakuan baik setahun

    "Saya harap kemarahan akan tercermin pada PRK ini," katanya.

    Terdahulu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan antara pemimpin hadir ke majlis itu yang dimeriahkan oleh 200 penduduk tempatan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah