28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penghulu cabul warga emas ‘beraya’ dalam penjara

    Shopee Sale

    Seorang penghulu kampung dihukum penjara selama dua minggu dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan, kerana mencabul seorang wanita warga emas.

    Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.25 lalu pada 14 Mac lalu di Mukim Pauh Sembilan.

    Katanya mangsa pergi ke sebuah kedai runcit milik lelaii terbabit dan di situ suspek dikatakan bertindak memeluk mangsa dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

    “Mangsa cuba melawan dan akhirnya berjaya melepaskan diri sebelum keluar dari premis dalam keadaan ketakutan.

    MENARIK:  Polis akan buka semula kertas siasatan, tunjuk keberadaan Pastor Koh

    “Berikutan laporan polis yang dibuat, suspek berusia 55 tahun telah berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Mohd Yusoff berkata, suspek didakwa di Mahkamah Majistret Bachok di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan hari ini.

    “Tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan hukuman dua minggu penjara bermula tarikh tangkap dan dikenakan denda RM1,000.

    “Tertuduh membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan iaitu 15 Mac,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah