29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penggantungan perlembagaan Nafas tiada kaitan politik – menteri

    Shopee Sale

    Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.

    Beliau berkata penggantungan berkenaan telah dibincangkan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum keputusan dicapai.

    “Spekulasi yang dimainkan ialah Amanah (Parti Amanah Negara) mahu kuasai Nafas dengan membuang semua orang Umno dalam Nafas… ia (sebenarnya) tiada kena-mengena dengan politik dan Datuk Seri Ahmad Zahid (juga) bersetuju dan sokong (bahawa ia tidak membabitkan politik).

    “Kita mahu membuat perubahan tatakelola yang lebih baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2024, di Ipoh hari ini.

    MENARIK:  Ringgit dibuka tinggi banding dolar AS

    Perlembagaan Nafas digantung berkuat kuasa 1 Nov lepas bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan berkenaan dengan arahan dikeluarkan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi serta fungsinya.

    Khamis lepas bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat NAFAS.

    Sementara itu Mohamad berkata ahli majlis penasihat baharu merangkumi pengerusi, tiga orang anggota majlis penasihat dan lima orang pentadbir telah menjalankan tugas dan akan merangka struktur serta reformasi baharu Nafas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah