27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penggantungan Hishammuddin: Itu hak Umno bahagian, kata Azalina

    Shopee Sale

    Semua Umno bahagian boleh mengemukakan sebarang usul termasuk isu penggantungan keahlian bekas naib presiden parti itu Hishammuddin Hussein pada mesyuarat perwakilan.

    Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said berkata usul itu kemudian akan dikumpulkan dan dikemukakan kepada kepimpinan parti untuk diteliti.

    “Saya rasa sesiapa boleh buat (kemukakan) permohonan (usul). Perkara itu hak mereka,” katanya.

    Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata demikian selepas peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan peringkat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta anjuran -Jabatan Insolvensi Malaysia di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu mengulas pertanyaan berhubung usul untuk menarik balik penggantungan keahlian Hishammuddin.

    MENARIK:  Najib: Saya jangkakan derma Saudi kerana hubungan rapat dengan bekas raja

    Bagaimanapun, Azalina berkata Umno belum menerima sebarang permohonan berkaitan perkara itu.

    “Saya tidak nampak (terima) apa-apa permohonan (tarik balik penggantungan keahlian Hishammuddin). Mungkin ia dalam mesyuarat pengurusan parti,” katanya.

    Pada 21 Jun lalu Umno Sembrong membawal usul supaya penggantungan Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa sebarang syarat.

    Naib Presiden Umno,Mohamed Khaled Nordin pada sidang media selepas mesyuarat perwakilan Umno Batu Pahat semalam berkata parti itu akan mempertimbangkan usul berkenaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

    Untuk rekod, Hishammuddin dikenakan penggantungan keahlian selama enam tahun bermula pada 27 Jan 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah