34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konflik Iran-Israel: Kerajaan adakan mesyuarat khas petang ini

    Shopee Sale

    Kerajaan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 6 petang ini, susulan serangan balas Iran terhadap Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata mesyuarat melibatkan menteri berkaitan berserta pegawai-pegawai kementerian terbabit dibuat bagi merangka beberapa langkah segera yang perlu diambil.

    Anwar berkata ia antara lain akan menyentuh mengenai keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di negara-negara yang berkaitan.

    "Ketegangan dan peperanangan yang sekarang berlaku antara Iran dan Israel, berpunca daripada serangan kerajaan Zionis Israel ke atas bangunan konsulat Iran (di Syria) yang sebenarnya melanggar peraturan undang-undang antarabangsa dan pelanggaran selalunya mengundang tindak balas," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr B.R.Ambedkar Kelima dan Sambutan Hari Kelahiran pakar ekonomi, reformis sosial dan pemimpin politik India itu yang ke-133 di Putrajaya, hari ini.

    MENARIK:  Jangkaan ringgit mengukuh dah meleset beberapa kali, kata Fadhli

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah