31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengerusi masjid direman 6 hari kemuka senarai penerima zakat tidak layak

    Shopee Sale

    Seorang pengerusi masjid di sebuah daerah di negeri ini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan senarai nama asnaf yang tidak layak menerima agihan zakat April lepas.

    Perintah reman sehingga 10 Nov itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin selepas membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu di Mahkamah Majistret Kemaman pagi tadi.

    Terdahulu, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan pada 2.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

    Sumber berkata permohonan yang dikemukakan kepada sebuah badan kebajikan swasta itu melibatkan 50 penerima dengan masing-masing telah menerima wang zakat bernilai RM1,000.

    MENARIK:  Tun Faisal kini ketua penerangan Bersatu, Rina bendahari

    “Suspek telah menerima dana zakat itu daripada sebuah syarikat minyak di negeri ini dan suspek merupakan pekerja di situ.

    “Suspek ditangkap bersama isterinya yang juga antara penerima zakat, bagaimanapun wanita itu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” menurut sumber berkenaan.

    Sementara itu, pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selain tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah