33.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah Yadim T'ganu meninggal dunia kerana serangan jantung – polis

    Shopee Sale

    Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu, Allahyarham Nasrul Hadi Saidi, 48, yang meninggal dunia semalam mempunyai sejarah serangan jantung sejak 2019.

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu sekitar 8.24 malam.

    “Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri Majlis Kalam Madani.

    "Menurut pengadu, mangsa mengalami serangan jantung sebanyak dua kali dengan serangan kedua menyebabkan beliau tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun doktor mengesahkan Allahyarham telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Susulan kes pecah kereta Teresa Kok, Bukit Kiara bakal dipantau CCTV

    Mohd Haki turut memaklumkan bahawa mangsa pernah mengalami serangan jantung pada 2019 dan telah menjalani prosedur pemasangan stent di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

    “Hasil bezah siasat yang dijalankan oleh pihak forensik Hospital Tanah Merah mendapati punca kematian adalah serangan jantung,” katanya.

    – Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah