32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah No Other Land minta dunia hentikan kezaliman terhadap Palestin

    Shopee Sale

    Pengarah No Other Land, sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

    “Kami menyeru dunia mengambil tindakan tegas untuk menghentikan ketidakadilan dan menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin,” kata pengarah bersama, Basel Adra, seorang aktivis Palestin dari Masafer Yatta di Tebing Barat dalam ucapannya. 

    "Kira-kira dua bulan lalu, saya bergelar bapa dan harapan saya untuk anak perempuan saya (ialah) dia tidak perlu menjalani kehidupan yang sama seperti saya jalani sekarang," kata Adra.

    Yuval Abraham, seorang wartawan penyiasatan Israel yang juga pengarah bersama No Other Land, merujuk Adra sebagai “saudara” tetapi meluahkan kekesalan bahawa mereka dianggap “tidak setaraf.” 

    MENARIK:  Lebih 3,000 sertai himpunan 'Justice For Zara Qairina' di Labuan

    “Kami hidup dalam rejim di mana saya bebas di bawah undang-undang sivil, manakala Basel berada di bawah undang-undang tentera yang memusnahkan kehidupannya,” kata Abraham. 

    Dia turut menyeru agar keganasan yang berlarutan di Timur Tengah selama beberapa dekad dihentikan, terutama selepas insiden pada 7 Okt 2023 yang membawa kemusnahan besar di Gaza. 

    No Other Land menerima pujian meluas sebagai antara dokumentari terbaik tahun lalu. 

    Meskipun mencapai kejayaan, dokumentari itu tidak mendapat tayangan meluas di pawagam Amerika Syarikat disebabkan oleh sensitiviti politik yang menyelubungi konflik Israel-Palestin, lapor NBC New memetik kenyataan pembuat filem itu.

    Namun, filem itu tetap ditayangkan di pawagam bebas di beberapa bandar terpilih dan turut disediakan dalam format digital kepada pengundi Anugerah Akademi. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah