Seorang lelaki dihukum penjara sebulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret pasa Jumaat selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita warga emas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Panik Disergah Lelaki Tak Dikenali, Siap Bawa Pisau & Nak Tunjuk Kemaluan
Tunjuk kemaluan depan nenek

Memetik Berita Harian, Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Syahmi Mohad Md Jalel, 30, selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 75 tahun di Kampung Baru Mambau pada 31 Julai 2026.
Dalam rayuan, peguam Zaiful Bahrin Kamde memaklumkan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia setahun dan empat tahun.
Tertuduh yang bekerja di sebuah syarikat mencuci kenderaan memperoleh pendapatan sekitar RM1,800 sebulan.
Menurutnya, pengakuan bersalah tertuduh turut menjimatkan masa mahkamah, selain lelaki itu menyesali perbuatannya, memohon maaf kepada mangsa dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurnadiahani Mohd Ideris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda maksimum dengan mengambil kira kepentingan awam serta kesan perbuatan berkenaan terhadap mangsa.
Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan. Tertuduh turut berdepan hukuman penjara tambahan empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Dalam perkembangan sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan serupa terhadap seorang wanita berusia 71 tahun di tepi jalan Kampung Baru Mambau 1 pada 3 Ogos lalu.
Pihak pendakwaan pada mulanya menawarkan jaminan RM9,000, namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes tersebut selesai.
Sumber: Berita Harian
The post Tunjuk ‘Anu’ Depan Nenek Usia 75 Tahun, Lelaki Dipenjara Sebulan & Denda RM2,500 first appeared on OHBULAN!.





