26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penganggur didakwa ceroboh rumah Adun Pengkalan Baharu

    Shopee Sale

    Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Manjung, Perak hari ini atas pertuduhan menceroboh rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baharu Azman Noh pada 12 Okt lepas.

    Mohd Khairol Anuar Nordin, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Shaqira Ibrahim.

    MENARIK:  Pemuda PKR sedia bertemu aktivis demo antirasuah

    Fakhrul Razzi menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Pantai Remis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah