25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penerbangan Virgin Australia berpatah balik akibat lelaki bogel

    Shopee Sale

    Pesawat Virgin Australia terpaksa berpatah balik selepas seorang lelaki berbogel ketika penerbangan, yang menyebabkan kekecohan dan mencederakan seorang kru kapal terbang tersebut.

    Kejadian itu berlaku setelah pesawat Virgin VA696 berlepas dari Perth pada pukul 7.21 malam untuk menuju ke Melbourne pada Selasa lalu.

    Data penerbangan menunjukkan pesawat itu hampir melintasi Teluk Australia Besar sebelum berpatah balik dan mendarat 30 minit setelah berlepas.

    Menurut news.com, pesawat itu terpaksa berpatah balik apabila lelaki bertelanjang itu mengamuk dan didakwa memukul seorang kru kapal.

    “Seorang penumpang lelaki tiba-tiba menjadi tidak terkawal dan berlari ulang alik dan memukul pintu kokpit.

    “Dua orang pegawai keselamatan udara yang bertugas terpaksa menahan dan menggari individu itu sehingga mendarat,” kata seorang pemanggil stesen radio Nine 3AW.

    Salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Sterling berkata dia mendengar bunyi orang berlari dan melihat seorang lelaki tidak berpakaian menuju ke arah bahagian hadapan pesawat.

    MENARIK:  Putin: Perdagangan Rusia-Malaysia ada peluang luas untuk berkembang

    Sterling berkata dia kemudian mendengar jeritan sebelum lelaki itu memukul seorang kru pesawat.

    Menurutnya, lelaki itu akhirnya dijatuhkan oleh tiga penumpang dan kemudian digari akibat tindakannya mengganggu keselamatan penumpang dan anak kapal.

    Dalam satu kenyataan, Virgin Australia berkata penerbangan itu dibatalkan akibat gangguan lelaki berkenaan.

    Individu itu ditahan oleh Polis Persekutuan Australia sebaik sahaja pesawat itu mendarat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah