32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomga guna dron

    Shopee Sale

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dipercayai hilang setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong di Muar, diteruskan untuk hari ketiga, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata operasi mencari mangsa yang juga dikenali sebagai Ija, dimulakan seawal 8 pagi melibatkan kira-kira 60 pegawai dan anggota polis serta pasukan bomba dan penyelamat.

    Bercakap kepada Bernama, beliau berkata pencarian diteruskan menggunakan bot milik polis dan bomba untuk bahagian permukaan air serta pemantauan dari udara menggunakan dron milik bomba.

    MENARIK:  Bedah siasat 13 jenazah pelajar UPSI dibuat di Ipoh, dua lagi di Gerik

    Beliau berkata setakat 10 pagi ini, pihaknya masih belum menemukan sebarang petunjuk baru.

    “Kita akan maklumkan perkembangan terkini sekiranya ada penemuan atau petunjuk baharu dan saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

    “Kami tidak akan meninggalkan sebarang aspek atau unsur yang perlu disiasat termasuk elemen lain, siasatan akan terus dijalankan dan kini ia masih lagi dikategorikan sebagai orang hilang,” katanya.

    Selasa lepas, Bernama melaporkan Ija dipercayai hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai berkenaan namun mangsa tidak ditemukan dalam kenderaannya itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah